Sharifah Food Industries

Tentang Kami

KIRA-kira 15 tahun lalu, Rohani Borhan menjual nasi lemak di sebuah gerai di Gelugor, Pulau Pinang dengan menumpang kedai menjual air soya dan cincau rakannya.

Masa berlalu dan siapa sangka, hari ini Rohani memiliki rangkaian produk masakan dan makanan segera jenama Sharifah, menerusi SHRF Food Industries Sdn Bhd (SHRF Food Industries).

Pengarah Urusan SHRF Food Industries itu berkata, semuanya bermula apabila seorang pelanggan gerainya yang juga pelancong bertanya kepadanya untuk mendapatkan produk makanan Malaysia yang mempunyai rasa tempatan.

Dari situ, Rohani kemudian bertekad menghasilkan produk sedia untuk dimakan dan dimasak sekiranya dia memiliki kilang sendiri.

Idea itu berjaya direalisasikan Rohani pada 2004 apabila membuka kilang di Bukit Beruntung, Rawang dengan nama RHB Jaya Enterprise yang mengeluarkan nasi beriani sedia untuk dimasak dengan jenama Sharifah.

“Untuk meluaskan perniagaan menjadi Sdn Bhd, saya tubuhkan SHRF Food Industries pada 2011 kerana nama RHB Jaya tidak boleh digunakan sebab ia nama bank.

Dari Tempatan ke antarabangsa